My Add

Sunday 15 July 2012

'Saya hilang sahabat akrab'

 Abdul Muhaimin Yahya
TANAH MERAH, SABTU, 14 Julai, 2012: “Saya hilang sahabat yang begitu akrab,” kata Abdul Muhaimin Yahya, 25, rakan pelajar Malaysia yang maut terjatuh dari van selepas bergelut dengan perompak di Kaherah, Rabu lalu.

Menceritakan kejadian malang berkenaan, pelajar tahun akhir Maahad Qiraat Shaoubra itu, berkata beliau bersama arwah, Abdul Khafiz Mohamed Norok, 25, baru saja selesai menghadiri majlis pertemuan dengan kira-kira 50 pelajar Malaysia di Abud, berhampiran kediaman mereka di Shoubra, pinggir Kaherah. 

“Ketika itu kira-kira jam 1.30 pagi (waktu tempatan) dan perkhidmatan bas sudah tamat. 

"Untuk ke Shoubra, terpaksa naik teksi atau van. Kami tahan dua van, namun semuanya penuh sebelum van ketiga berhenti, " katanya. - BH

No comments:

Post a Comment