My Add

Sunday 15 July 2012

'Masih sayang bekas suami'

PASIR MAS, SABTU, 14 Julai, 2012: Guru al-Quran, Che Hasnah Che Ahmad, 61, yang diceraikan talak satu akibat perbezaan fahaman politik, mengakui masih sayang kepada Yahaya Ibrahim, 78, malah runsing memikirkan siapa yang akan menjaga makan minum bekas suaminya itu.

Menurutnya, selama ini dia yang menjaga dan begitu menitikberatkan hal tersebut.

"Kalau dia tolak, letak tepi parti, kita sayang pada dia. Kalau dia boleh buat macam itu, kita sayang, tetapi kalau dia tak boleh, kita sayang apa lagi?

"Kita kasihan juga apabila diberitahu, dia lebih banyak makan nasi bungkus sekarang. Anak dan menantu dia mengajar, balik lewat dan tak sempat masak," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Chabang Tiga, Chetok, di sini semalam.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan sepasang warga emas yang sepatutnya melalui hari-hari tua dengan penuh bahagia terpaksa menerima hakikat bahawa mahligai yang dibina selama 14 tahun musnah hanya disebabkan perbezaan parti politik.

No comments:

Post a Comment