My Add

Monday 9 July 2012

SPRM, BMR Brunei tingkat kerjasama tangani rasuah

Oleh ILAH HAFIZ AZIZ
KUALA LUMPUR, ISNIN, 09 Julai, 2012: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Biro Mencegah Rasuah (BMR) Brunei akan bekerjasama lebih erat dalam menangani aktiviti rasuah di sempadan kedua-dua buah negara.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed berkata, pelbagai operasi telah dijalankan bersama sejak beberapa tahun khususnya di sempadan di tiga buah daerah di Sarawak iaitu di Lawas, Limbang dan Miri.

Beliau memberitahu, Akta Bantuan Bersama Mencegah Jenayah 2000 atau Macma (Mutual Legal Assistance in Criminal Matters) juga akan dipinda untuk tujuan itu.

“Pindaan Macma bertujuan mempercepatkan proses siasatan untuk dibawa terus ke mahkamah dan telah mendapatkan persetujuan oleh Peguam Negara (AG). Akta itu dibincangkan sebagai antara teras jalinan kerjasama dengan BMR," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar yang turut dihadiri Pengarah BMR Brunei, Juanda Abdul Rashid. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment