My Add

Sunday 15 July 2012

Syabas catu bekalan air

Oleh NORIZAN ABDUL MUHID
KUALA LUMPUR, SABTU, 14 Julai, 201: Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) bercadang melaksanakan catuan bekalan bagi mengatasi krisis kekurangan air yang melanda kawasan Kuala Lumpur, Hulu Langat dan Klang sejak April lalu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ruslan Hassan berkata, tindakan itu akan dilaksanakan jika ia sudah mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Menurutnya, langkah itu dikemukakan berikutan penurunan paras air yang mendadak sejak bulan lalu di beberapa kolam takungan sehingga ada yang mencapai negatif berbanding jumlah simpanan yang sepatutnya iaitu minimum 20 peratus.

Serentak dengan itu, katanya, Syabas sudah mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan pada 16 Jun lalu bagi daerah terlibat setelah penduduk di kawasan terbabit mengalami gangguan bekalan air yang berterusan bermula April. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment