My Add

Sunday 15 July 2012

Tahun ini masa terbaik untuk PRU-13 - Muhyiddin

KUALA LUMPUR, AHAD, 15 Julai, 2012: Timbalan Perdana, Tan Sri Muhyiddin Yassin membayangkan Pilihan Raya Umum Ke-13 tidak akan diadakan tahun depan sebaliknya menganggap tahun ini adalah masa yang terbaik.

Bagaimanapun menurut beliau, ia tetap bergantung kepada keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Tak tahulah Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak). Mungkin beberapa bulan akan datang. Tapi saya beritahu yang terbaik adalah tahun ini. Sekarang sudah hendak masuk bulan puasa (Ramadan). Ada orang tanya apakah bulan puasa nak diadakan pilihan raya?

"Saya kata apa salahnya. Bulan raya (Aidilfitri), apa salahnya. Selepas itu sambutan Hari Kebangsaan (31 Ogos), apa salahnya. Masuk September (sambutan) Hari Malaysia. Bila dah sampai waktu, maka jadilah ia (pilihan raya)," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Batu di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment