
Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA dan HUSSAINI AMRAN
KUALA LUMPUR 5 Julai - Ketua Biro Muda Profesional MCA, Datuk Chua Tee Yong hari ini muncul dengan pendedahan baru melibatkan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dan Talam Corporation Berhad tanpa gentar dengan ancaman saman oleh kerajaan negeri.
Pada sidang akhbar di Wisma MCA, di sini, beliau tampil mendedahkan bukti baru tindakan kerajaan PKR Selangor yang didakwa membeli tanah pajakan milik Talam Corporation Bhd. (Talam) yang dipengerusikan oleh Tan Sri Chan Ah Chye dengan harga RM42 juta lebih mahal daripada nilai pasaran.
Dakwanya, tanah seluas 2,263 ekar (916 hektar) di Bestari Jaya adalah antara aset milik Talam yang dibeli kerajaan negeri dengan harga RM80,000 seekar atau nilai keseluruhan RM181 juta ketika pelan 'menyelamat' syarikat itu yang berhutang RM392 juta dengan beberapa anak syarikat milik kerajaan negeri dibuat. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment