My Add

Friday 6 July 2012

Tiga dilantik Pegawai Kehormat PSSTLDM

*JAGUH badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menerima pemakaian pangkat Leftenan Komander (Kehormat) Pasukan Simpanan Sukarelawan Tentera Laut Diraja Malaysia oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Wisma Pahlawan, Kuala Lumpur, semalam. Turut membantu ialah Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar.

KUALA LUMPUR, 05 Julai, 2012: Dalam menarik minat golongan profesional menyertai Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia (PSSTLDM), tiga tokoh dalam sektor awam, swasta dan sukan dilantik sebagai pegawai kehormat pasukan tersebut.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, penyertaan orang awam ke dalam PSSTLDM sekali gus dapat merealisasikan konsep Pertahanan Menyeluruh (Hanruh) yang mula diperkenalkan pada tahun 1986. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment