My Add

Saturday 7 July 2012

Turki berjaya dalam pembangunan khidmat sosial, wakaf

*TIMBALAN Pengarah Hospital Universiti Fatih, Dr. Ahmed Ruhi memberi penerangan mengenai operasi hospital itu yang ditubuhkan melalui wakaf masyarakat kepada rombongan Yayasan Iqra' diketuai oleh Idris Jusoh di Istanbul, semalam.

Daripaa Zaini Hassan
ISTANBUL, JUMAAT, 06 Julai, 2012: Turki, yang kini antara ekonomi terbesar di Eropah selepas Jerman, berjaya dalam pembangunannya atas budaya khidmat sosial dan wakaf.

Setiausaha Agung Persatuan Dialog Turki-Malaysia, Kursat Ciftci berkata, semangat itu diturunkan sejak zaman Othmaniah kira-kira 700 tahun dulu serta menerusi pembawakan tradisi Sufi.

"Itulah yang kami terapkan sehingga sekarang. Golongan kami dari atas sampai bawah bergerak atas semangat Hizmet atau khidmat dan kesukarelawan.

"Asas itu diterapkan bermula dari kecil lagi. Kami diajar mengenai sikap tolong menolong, berakhlak tinggi dan memberi," katanya yang turut mengikuti rombongan Yayasan Iqra' Malaysia yang dalam lawatan sambil belajar mengenai institusi wakaf oleh Pergerakan Hizmet di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment