My Add

Thursday 12 July 2012

Ujian panggilan tiada unsur mempermainkan polis: Cheng Hee

GEORGETOWN, KHAMIS, 12 Julai, 2012: Pengerusi MCA Cawangan Komtar Baru, Lim Cheng Hee menegaskan ujian panggilan yang dibuatnya di kiosk interaktif Polis Diraja Malaysia (PDRM) di depan bangunan Komtar di sini minggu lalu, tiada unsur atau niat untuk mempermainkan pihak polis. 

Katanya, ujian itu adalah sekadar percubaan bagi menguji kecekapan anggota polis Pulau Pinang dalam menjalankan tugas untuk memastikan keselamatan dan ketenteraman rakyat.

Beliau menjelaskan ujian percubaan itu adalah ideanya sendiri dan tiada kena mengena dengan sesiapa termasuk penyelaras Barisan Nasional (BN) Komtar, Loh Chye Teik. 

"Saya sanggup mengambil risiko, menerima kritikan dan sebarang tindakan disiplin daripada pihak berkuasa sekiranya didapati keterlaluan," katanya dalam sidang media di sini, hari ini. 

Ujian percubaan itu mendapat banyak kritikan termasuk daripada Ahli Dewan Undangan Negeri Komtar, Ng Wei Aik, yang menyatakan tindakan Lim itu keterlaluan dan membazir tenaga anggota polis. 

Lim berkata, ujian percubaan itu dilakukan kerana pihaknya menerima banyak aduan mengenai cara polis dalam mengendalikan aduan orang awam dan bukannya untuk mencabar ataupun mempermainkan pihak berkuasa itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment