My Add

Thursday 19 July 2012

UMK dapat dana RM1 juta majukan bidang keusahawanan

Oleh YULPISMAN ASLI
KOTA BHARU, KHAMIS, 19 Julai, 2012: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) hari ini mengumumkan pemberian dana sebanyak RM1 juta kepada Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Dana tersebut bagi membantu UMK menggerakkan Pusat Penyelidikan Keusahawanan dan Inovasi Global (GERIC) yang ditubuhkan untuk memperkasa peranan universiti itu sebagai peneraju dalam bidang pendidikan keusahawanan.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin percaya, kewujudan GERIC berpaksikan kepada aktiviti penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan hasil inovasi serta pemindahan teknologi untuk kesejahteraan masyarakat.

Beliau berharap, GERIC mampu mencapai taraf sebagai sebuah pusat kecemerlangan tinggi memandangkan kepada program-program yang telah dirancang dengan begitu teliti.

Beliau turut berharap UMK mampu menjadi Universiti Apex dalam bidang keusahawanan sebagaimana kejayaan Universiti Sains Malaysia (USM) dalam bidang penyelidikan sains.

"Kementerian akan terus memberikan sokongan kepada UMK dalam melaksanakan agenda keusahawananya melalui GERIC," katanya ketika melancarkan Agenda Keusahawanan dan Industri UMK di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment