My Add

Monday 16 July 2012

Undang-undang baru atasi jenayah hina Islam

JEDDAH, ISNIN, 16 Julai, 2012: Kerajaan Arab Saudi dilapor mempertimbangkan untuk menguatkuasakan undang-undang baru sebagai usaha membanteras jenayah menghina Islam, termasuk dalam media sosial, dengan mengenakan hukuman yang berat.

Akhbar al-Watan yang memetik kenyataan sumber berkata, dalam tempoh dua bulan akan datang, Majlis Syura akan mendedahkan keputusan kajian yang dijalankan untuk mewujudkan undang-undang baru itu dalam menangani jenayah tersebut.

Keputusan untuk melaksanakan undang-undang tersebut dibuat selepas kolumnis dan blogger Arab, Hamza Kashgari, 23, ditahan pada lima bulan lalu atas kesalahan mengeluarkan kenyataan yang menghina Nabi Muhammad dalam laman Twitternya. - REUTERS

No comments:

Post a Comment