My Add

Monday 16 July 2012

Kontinjen Malcoy 7 di Lubnan kembali ke tanah air

KUALA LUMPUR, ISNIN, 16 Julai, 2012: Kontinjen pertama Angkatan Tentera Malaysia Malcoy 7 yang berkhidmat di Kawkaba, Lubnan dijadual kembali ke tanah air hari ini.

Malcoy 7, yang mula berkhidmat pada 24 Julai tahun lepas, menamatkan tugasnya dalam misi pengaman Pasukan Sementara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (Unifil) pada Sabtu.

Menurut kenyataan Kementerian Pertahanan, upacara serah terima tugas berlangsung di padang kawad Kem Malcon, Kawkaba dan misi pengaman akan diambil alih Malcoy 8.

Perkhidmatan misi pengaman itu meliputi bantuan perubatan, pergigian serta program kemanusiaan tanpa mengira puak dan fahaman kepada masyarakat setempat.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment