My Add

Friday 20 July 2012

UTM juara kebangsaan pertandingan reka bentuk

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 20 Julai, 2012: Universiti Teknologi Malaysia (UTM) muncul sebagai juara kebangsaan dalam Pertandingan Reka Bentuk Malaysia Inovasi (IMDC) 2012 yang diadakan baru-baru ini.

Projek yang dimenangi oleh pasukan yang menyertai, ”Lab-On-Chip”, peranti pengiraan sel yang pada kebiasaannya digunakan dalam penyelidikan bioperubatan, memenangi hadiah utama Anugerah MOSTI itu, mengalahkan lebih 100 pasukan berdaftar seluruh negara.
"Sungguh membanggakan kerana kita menyaksikan usaha-usaha universiti melengkapi industri dalam memajukan generasi akan datang bakat ICT,” kata Timbalan Ketua Setiausaha (Sains) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Prof Datin Paduka Khatijah Mohd Yusof dalam satu kenyataan.
Anugerah IMDC 2012, yang dianjurkan oleh para peneraju teknologi termasuk Agilent Technologies, Altera, Intel Malaysia, National Instruments dan SilTerra, disertai 111 pasukan dari 18 universiti seluruh negara.
Pertandingan itu dibuka kepada semua mahasiswa tahun akhir kejuruteraan dan sains komputer. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment