My Add

Friday 20 July 2012

Laluan maut Betong - Sri Aman catat 18 kemati

KUCHING, JUMAAT, 20 Julai, 2012: Laluan Trans Borneo dari Betong - Sri Aman - Samarahan merekodkan 18 kematian setakat ini dengan kemalangan terkini meragut lima nyawa semalam.

Ketua Polis Daerah Sri Aman, DSP Mat Jusoh berkata, angka itu adalah tinggi kerana dicatat dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini.

"Antara faktor yang menyumbang kepada kemalangan termasuk kemalangan maut sepanjang laluan terbabit ialah jalan yang sempit dan kenderaan banyak,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, pertembungan sebuah kereta jenis Perodua Kancil dan lori pembancuh simen di KM 24, Jalan Sri Aman-Sarikei mengakibatkan lima maut dan dua lagi cedera parah.

Kejadian 9.05 pagi itu meragut nyawa Mohd Racheal Abdullah, 22; Santi Minggat, 19; Jamilah Minggat, 24; Jamaah Ali, 42; dan Noraini Bagio yang berusia setahun.

Dua lagi iaitu Salbiah Minggat, 19 dan Rizal Mustapha Mohd Racheal, setahun kini dirawat di Hospital Sri Aman. – BERNAMA


No comments:

Post a Comment