My Add

Sunday 15 July 2012

Wakil penganjur Jimpunan Oren serah memorandum

KUALA LUMPUR, SABTU, 14 Julai, 2012: Polis hanya membenarkan lapan wakil penganjur perhimpunan Oren hari ini untuk memasuki Istana Negara bagi menyerahkan memorandum kepada wakil Yang Di-pertuan Agong.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, para peserta himpunan tidak dibenarkan memasuki kawasan Istana Negara, sebalik mereka hanya dibenarnya menunggu kira-kira 1.2 kilometer dari kawasan itu.

''Perbincangan sebelum ini menetapkan peserta dibenarkan berhimpun di kawasan letak kereta di luar mahkamah sebelum berarak ke istana melalui Jalan Khidmat Usaha, Jalan Ibadah dan Jalan Duta Mas 1.

"Namun, hanya lapan wakil sahaja dibenarkan memasuki pintu tiga istana bagi tujuan penyerahan memorandum,"katanya.

Tambahnya, sebarang peraturan yang telah ditetapkan dan dipersetujui bersama sebelum ini perlu dipatuhi peserta bagi memastikan kelancaran himpunan itu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment