My Add

Sunday 15 July 2012

MRT Kajang tak libat pengambilan kawasan premis penduduk

KAJANG, SABTU, 14 Julai, 2012: Pembinaan laluan Transit Aliran Massa (MRT) melalui Kajang tidak akan melibatkan pengambilan kawasan premis perniagaan dan rumah kediaman penduduk di kawasan berkenaan.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai berkata, sebaliknya MCA Hulu Langat bersedia untuk mengorbankan bangunan ibu pejabat parti itu di Jalan Hishamuddin di sini, untuk memberi laluan kepada pembinaan projek berkenaan.

Katanya, bangunan yang telah siap 95 peratus itu `dikorbankan’ demi memastikan laluan asal yang akan melibatkan 13 rumah kediaman dan 28 rumah kedai serta balai polis Kajang diubah ke laluan berhampiran bangunan MCA. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment