My Add

Monday 16 July 2012

Wujudkan bank data maklumat kes mati lemas

KUALA LUMPUR, AHAD, 15 Julai, 2012: Bank data yang mengumpul maklumat lebih lengkap mengenai kes kematian lemas sama ada di pantai atau di tempat lain wajar diwujudkan memandangkan tiada data lengkap dikumpul oleh pihak bertanggungjawab.

Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, langkah proaktif harus diambil bagi mencegah lebih banyak kematian lemas berlaku selain mempertingkatkan tahap keselamatan di kawasan yang boleh menyebabkan berlakunya kematian lemas.

"Pada masa ini, tiada pihak berkuasa mengumpul dan menyusun data ke atas kes-kes mati lemas serta mengeluarkan laporan tahunan seperti yang dilakukan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) untuk kes kemalangan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Lam Thye berkata, statistik Jabatan Bomba dan Penyelamat pula mencatatkan sebanyak 303 kes kematian lemas dan ia hanya berdasarkan maklumat yang diketahui dan diterima jabatan itu sahaja. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment