My Add

Monday 16 July 2012

MRA rancang ke Myanmar Ramadan ini

*ABDUL Razak Kechik (dua dari kiri) bersama Mohd. Daud Sulaiman (kiri) dan Muhammad Usman Khan Marwat (dua dari kanan) memasukkan wang ke dalam tabung MRA di Bukit Kiara, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR, AHAD, 15 Julai, 2012: Malaysian Relief Agency (MRA) akan menghulurkan bantuan kepada masyarakat Islam Rohingya di Arakan, Myanmar menerusi Kempen Ramadan 1433, ‘Dekat Di Mata, Lekat Di Hati’ pada bulan puasa ini.

Presidennya, Datuk Dr. Abdul Razak Kechik berkata, MRA terpanggil untuk membantu masyarakat Islam Rohingya kerana kehidupan mereka sedang ditindas.

“Walaupun amat sukar untuk memasuki Arakan kerana krisis yang berlaku di sana, namun kami akan berusaha dengan mencari pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan bagi membantu dalam penyaluran bantuan tersebut," katanya pada majlis MRA-Focus Pakistan Floods-Two Year Later, di sini malam tadi. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment