My Add

Friday 6 July 2012

Yayasan Iqra' pelajari sistem wakaf Hizmet

Zaini Hassan
ISTANBUL, KHAMIS, 05 Julai, 2012: Yayasan Iqra', penggerak kepada agenda sektor ketiga berada di sini untuk mempelajari sistem institusi wakaf yang digerakkan oleh pergerakan sukarela, Hizmet.

Hizmet ialah sebuah pergerakan yang terlibat mempromosi jalinan hubungan mesra antara masyarakat, ekonomi, kebudayaan dan agama.

Diasaskan sejak 1970-an oleh sarjana Islam terkemuka Turki, Fethullah Gulen, Hizmet kini dianggotai berjuta rakyat negara ini dalam kerja-kerja sosial.

Kini satu daripada tiga penduduk bandar raya Istanbul ini menganggotai Hizmet. Istanbul dihuni oleh 25 juta penduduk.

Anggota Lembaga Amanah Yayasan Iqra', Datuk Seri Idris Jusoh berkata, tujuan lawatan ini diadakan ialah untuk mempelajari bagaimana organisasi ini berjaya membangunkan rakyat menerusi semangat kesukarelawan dan wakaf. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment