My Add

Sunday 23 September 2012

20 ahli DAP Pantai Remis keluar parti
 *SEBAHAGIAN daripada ahli dan penyokong DAP Cawangan Taman Bintang, Pantai Remis memotong kad keahlian parti mengisytiharkan keluar parti dan menyatakan sokongan mereka kepada Barisan Nasional di taman tersebut di Beruas, Perak semalam.
BERUAS, SABTU, 22 September, 2012: DAP menerima tamparan hebat apabila seramai 20 ahlinya di kubu kuat parti itu di Pantai Remis di sini, bertindak keluar parti beramai-ramai dan menyatakan sokongan kepada Barisan Nasional (BN).

Mereka yang merupakan ahli DAP Cawangan Taman Bintang bertindak memotong kad keahlian parti sebagai simbolik keluar parti dalam majlis di sebuah restoran di taman tersebut, hari ini.

Pada majlis itu, seramai 30 penyokong parti tersebut dari taman berkenaan turut menyatakan sokongan kepada BN.

Jurucakap kumpulan itu, S. Ravee, 39, berkata, mereka mengambil keputusan keluar parti kerana kecewa dengan DAP yang hanya pandai menabur pelbagai janji untuk membantu penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Remis dan Parlimen Beruas selepas menjadi kerajaan negeri pada 2008 tetapi tidak menunaikannya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment