My Add

Monday 3 September 2012

70 peratus Kolej Maktrikulasi Kok Lanas siap

Oleh YATIMIN ABDULLAH
KOTA BHARU, ISNIN, 03 September, 2012: Pembinaan kolej matrikulasi di Kampung Batu Tinggi, Kok Lanas berharga kira-kira RM200 juta telah siap sebanyak 70 peratus dan dijangka mula beroperasi pada Mac depan.

Pengerusi Penyelaras Pembangunan Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa berkata, projek tersebut dibina di atas tapak seluas 42.5 hektar dan mampu menempatkan kira-kira 3,000 pelajar.

Beliau berkata, apabila siap kelak, pembinaan kolej matrikulasi itu bakal membawa perubahan besar kepada landskap kawasan sekitar, di tambah pula dengan pembinaan projek perumahan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

"Pembinaan kolej itu bakal mengubah landskap Kampung Batu Tinggi daripada sebuah perkampungan terpencil menjadi pusat pertumbuhan ekonomi baharu yang mampu menyediakan pelbagai peluang pekerjaan kepada penduduk setempat," katanya ketika melawat tapak projek tersebut di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Penolong Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan, Ir. Mohd. Zaki Mohd. Zain. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment