My Add

Sunday 9 September 2012

AJK Pusat Pas serah isu Nasharudin kepada Majlis Syura

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub
KUALA LUMPUR, AHAD, 09 September, 2012: Mesyuarat Aahli Jawatankuasa (AJK) Pusat Pas hari ini langsung tidak menyentuh isu berkenaan bekas timbalan presiden parti, Nasharudin Mat Isa.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub yang ditemui selepas mesyuarat itu berkata, presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menetapkan bahawa sebarang perbincangan mengenai perkara itu, jika ada, hanya akan dibuat Majlis Syura yang akan bermesyuarat malam ini.

Beberapa pemimpin Pas lain ketika ditemui selepas mesyuarat yang berlangsung kira-kira tiga jam itu, turut menegaskan bahawa isu Nasharudin bukan perkara utama yang dibincangkan.

Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tumpuan parti adalah strategi persiapan menghadapi pilihan raya umum akan datang meskipun tarikh sebenar pilihan raya masih menjadi teka-teki semua pihak.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abd Rani Othman pula berkata, AJK Pusat banyak berbincang mengenai beberapa konvensyen dan seminar yang bakal diadakan parti itu tidak lama lagi.

Isu kedudukan Nasharudin, termasuk kemungkinan beliau dipecat, semakin hangat mutakhir ini berikutan gesaan beliau yang juga Ahli Parlimen Bachok, supaya Pas mempertimbang semula kerjasama dengan pakatan pembangkang yang menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan segelintir ahli parti. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment