My Add

Wednesday 19 September 2012

Arab Saudi tolak permohonan tambah kuota haji

RIYADH, RABU, 19 September, 2012: Arab Saudi menolak permohonan daripada 40 negara untuk menambah kuota haji tahun ini kerana projek pembangunan sedang dilaksanakan di dua kota suci iaitu Makkah dan Madinah, lapor akhbar harian tempatan hari ini.

"Kementerian terbabit memohon maaf kepada semua negara yang meminta supaya jumlah jemaah haji tahun ini ditambah...(kerana) projek pembangunan raksasa di Makkah dan Madinah menyukarkan untuk menambah jumlah jemaah," kata Menteri Haji, Bandar al-Hajjar. 

Tahun lalu, kira-kira tiga juta umat Islam menunaikan haji. - AFP

No comments:

Post a Comment