My Add

Thursday 27 September 2012

Bajet pembangkang tidak realistik

Oleh AINUL ASNIERA AHSAN
KUALA LUMPUR, RABU, 26 September, 2012: Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 yang dibentang hari ini disifatkan tidak realistik dan bakal meruntuhkan sistem ekonomi serta kewangan Malaysia dalam jangka panjang.

Para penganalisis ekonomi negara menyifatkan bajet yang dibentang oleh pakatan pembangkang itu dilihat hanya mahu meraih perhatian rakyat tanpa mengambil kira kelangsungan ekonomi dan masa depan 28 juta penduduk negara ini.

Tokoh ekonomi, Tan Sri Ramon Navaratnam berkata, belanjawan itu tidak mempunyai sebarang pembaharuan yang lebih baik dan seolah-olah seperti 'Bajet Santa Claus'.

Katanya, belanjawan yang dikemukakan oleh pakatan rakyat tidak mempunyai hala tuju, tidak pragmatik dan tidak rasional untuk memacu ekonomi negara.

"Belanjawan ini tidak ada kesungguhan dan tanggungjawab kepada ekonomi dan rakyat. Perlu diingat bajet tidak boleh dipolitikkan kerana ia akan memusnahkan negara," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment