My Add

Thursday 27 September 2012

Barangan RM105,000 sindiket gores menang dirampas

MELAKA, KHAMIS, 27 September, 2012: Polis Melaka menahan enam individu, seorang daripadanya wanita, dipercayai terlibat dalam kes penipuan gores dan menang sejak Ogos lepas dan merampas barangan elektronik bernilai RM105,000 dalam empat serbuan di dua lokasi berasingan di sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Melaka, Supt. Soh Hock Sing berkata, mereka yang berusia antara 19 dan 30 tahun ditahan ketika sedang tidur di dua rumah berasingan di sebuah pangsapuri di Banda Hilir.

Beliau berkata, sebanyak 48 unit peralatan elektronik termasuk sistem air minuman pelbagai jenama, tilam dan sistem bunyi digital yang dianggarkan bernilai antara RM1,300 hingga RM5,000 dirampas di sebuah rumah lain di pangsapuri sama.

"Kita turut menyerbu pejabat mereka di Jalan Munsyi Abdullah di sini dan percaya sindiket ini berasal dari Kuala Lumpur dan telah beroperasi di negeri ini sejak Ogos lepas," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka hari ini.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment