My Add

Thursday 27 September 2012

Kenyataan Nazri mengenai Dong Zong pandangan peribadi: Muhyiddin

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 27 September, 2012: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kenyataan yang dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berhubung permintaan Persatuan Jawatankuasa Sekolah Cina Bersatu Malaysia atau Dong Zong berkaitan pendidikan Cina di negara ini adalah pandangan peribadi beliau.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata Anggota Parlimen Padang Rengas itu telah menjelaskan kepada beliau berhubung perkara itu, pagi tadi.

"(Mohamed Nazri) beliau maksudkan apa yang beliau nyatakan itu adalah sebagai pandangan beliau. "Dan saya juga telah menjelaskan bahawa kita sudah ada pendirian (berhubung perkara itu), dasar kerajaan berhubung soal itu juga jelas, dan kita telah buat beberapa keputusan (mengenainya)," katanya kepada pemberita selepas menutup Festival Bahasa dan Sastera 2012 di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Mohamed Nazri semalam yang dilaporkan berkata bahawa permintaan Dong Zong, yang terkandung dalam memorandum yang diserahkan kepada beliau, sebagai munasabah. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment