My Add

Thursday 6 September 2012

Kerajaan cari kaedah bantu pekebun kecil getah, sawit

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 06 September, 2012: Kerajaan akan mencari kaedah terbaik untuk membantu pekebun kecil getah dan kelapa sawit yang kini berdepan krisis penurunan harga komoditi itu.


Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata kementeriannya akan bekerjasama dengan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi untuk tujuan itu.

"Mesyuarat Kabinet semalam kita ada bincang mengenai keadaan harga getah dan sawit yang turun sejak kebelakangan ini dan keputusan yang diambil adalah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi akan mencari penyelesaian membantu pekebun kecil ini," katanya, di sini, hari ini.

Beliau yang ditemui pada majlis Hari Raya RISDA 2012 berkata, RISDA juga akan membantu dengan mewujudkan insentif bagi meringankan beban pekebun kecil.

"Sekarang ini kita sudah kenal pasti baja, latihan dan benih yang secara percuma kita berikan kepada mereka dan langkah ini kita akan lihat dengan lebih serius lagi pada masa depan sekiranya mampu," katanya.

Katanya, komponen baja adalah 30 peratus daripada kos yang terpaksa ditanggung pekebun.

Sementara itu, Mohd Shafie berkata, RISDA tidak mengabaikan nasib kira-kira 15 peratus pekebun kecil yang mengusahakan tanaman secara persendirian.
“Mereka akan dibimbing untuk meningkatkan hasil tanaman sekali gus melonjakkan pendapatan,” katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment