My Add

Monday 24 September 2012

Lebuh raya Suke kurangkan kesesakan MRR-2

KUALA LUMPUR, ISNIN, 24 September, 2012: Pembinaan Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (Suke) dijangka dapat membantu menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas kritikal di beberapa lebuh raya utama, di sekitar Lembah Klang.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri S.K Devamany berkata lebuh raya itu akan menjadi jalan alternatif bagi mengurangkan kesesakan di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) khususnya di kawasan Ulu Kelang, Ampang dan Pandan Indah.

"Ia juga mewujudkan laluan baharu di Lebuhraya Grand Saga menghala ke Kuala Lumpur yang kini hanya melalui Jalan Cheras," katanya ketika menjawab soalan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (PKR-Bandar Tun Razak) di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Abdul Khalid yang juga Menteri Besar Selangor ingin tahu bagaimana pembinaan SUKE boleh membantu menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas yang dihadapi pengguna di Lembah Klang.

Devamany berkata SUKE akan berfungsi sebagai sistem penyuraian trafik yang efektif kerana ia menyediakan penghubung antara pusat bandar dan kawasan timur Lembah Klang melalui Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH).

Ia juga akan menjadi penghubung antara kawasan timur dan kawasan utara Lembah Klang melalui Lebuhraya Duta Ulu-Klang (DUKE).

"Ia turut menghubungkan dan melengkapkan lebuh raya sedia ada iaitu DUKE, AKLEH, Lebuhraya Grand Saga, Lebuhraya Besraya, Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban dan Lebuhraya Shah Alam (KESAS)," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment