My Add

Friday 7 September 2012

Lynas kena mohon lesen setiap kali memproses bahan mentah

PUTRAJAYA, JUMAAT, 07 September, 2012: Syarikat Lynas (Malaysia) Sdn Bhd (Lynas) diwajibkan membuat permohonan kepada Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA) setiap kali melakukan percubaan pemprosesan bahan mentah lathanid di kilangnya di Gebeng, Kuantan.

Setiausaha Eksekutif LPTA, Datuk Raja Abdul Aziz Raja Adnan, berkata setiap percubaan pengeluaran (dry run) akan dikawal empat pegawai sains dari lembaga berkenaan selain Lynas juga sudah menyatakan komitmen untuk menjemput pemimpin tempatan bagi menjamin aspek ketelusan sepanjang proses berkenaan.

Beliau berkata, sebarang pelanggaran syarat yang ditetapkan LPTA terutama aspek keselamatan akan menyebabkan Lesen Pengendalian Sementara (TOL) selama dua tahun yang diluluskan LPTA akan dibatalkan atau digantung, selepas semua pertimbangan diambil kira. - BH

No comments:

Post a Comment