"Bagi kita orang Islam, kita tidak boleh terima (filem menghina Nabi Muhammad s.a.w). Ia satu kesalahan besar bagi kita. Kita tidak boleh mengizinkan sama ada dalam bentuk filem, perkataan dan apa saja yang menghina Nabi, sesuatu yang kita tolak," katanya.
Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, pengeluaran filem itu adalah "satu perbuatan jahat yang tidak menghormati agama".
Filem itu dihasilkan di Amerika Syarikat oleh pembikin filem keturunan Yahudi Sam Bacile.
Muhyiddin mengulas demikian selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Kota Bharu dan menghadiri majlis Pemimpin Bersama Rakyat serta sambutan mesra Aidilfitri di sini.
"Saya sendiri secara peribadi, sepatutnya kita ban (filem ini), jangan kita benarkan perbuatan menghina Nabi Muhammad SAW ini," katanya.
"Mungkin ada tujuan tertentu yang dilakukan supaya ada pertembungan antara agama, ada pergaduhan, sesuatu yang boleh bawa kesan besar kepada masyarakat dunia," kata beliau. -
Di KUALA TERENGGANU, Persatuan Al-Amin Negeri Terengganu hari ini mengecam keras pembikinan serta penyebaran filem menghina keperibadian Nabi Muhammad SAW dan menyifatkan perbuatan provokasi pembuat filem itu menimbulkan ketegangan dalam kalangan umat Islam di seluruh dunia.
Setiausahanya, Engku Fadzli Hasan Syed Abdullah berkata, persatuan itu menolak sekeras-kerasnya tindakan ganas terhadap pihak tidak bersalah sebagai tindak balas terhadap filem 'Innocence of Islam' arahan Sam Bacile, 52, dari California, Amerika Syarikat yang disiarkan dalam laman Youtube.
"Kami menolak sekeras-kerasnya sebarang tindakan ganas itu kerana Islam tidak membenarkan pembunuhan orang awam yang tidak bersalah.
"Islam itu sendiri membawa maksud perdamaian. Tetapi zaman sekarang umat Islam seolah-olah tidak mencerminkan maksud Islam itu sendiri," katanya di sini, hari ini.
Rabu lalu, Kedutaan Amerika Syarikat di Benghazi, Libya diserang beribu-ribu penduduk yang mengadakan tunjuk perasaan dipercayai kerana membantah filem itu sehingga menyebabkan Duta Amerika Syarikat, Christopher Stevens dan tiga lagi terbunuh.
Engku Fadzli berkata, masyarakat dunia hendaklah berhenti daripada menyebar klip video filem itu kerana sebarang bentuk penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW, adalah satu tindakan yang tidak boleh diterima. - BERNAMA

No comments:
Post a Comment