My Add

Wednesday 19 September 2012

Nik Aziz ajak Melayu bersatu tentang perbuatan hina nabi

KOTA BAHARU, RABU, 19 September, 2012: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Mat mengajak semua orang Melayu bersatu mengutuk pihak yang menerbitkan filem "Innocence Of Muslims" yang menghina Nabi Muhammad S.A.W.

Mursyidul Am Pas itu berkata tindakan itu perlu untuk menyedarkan pihak terbabit yang disifatkannya sebagai perbuatan “orang kurang siuman" agar tidak mengulangi perbuatan yang menghina Islam itu.

"Cadangan saya kita orang Islam jangan sesekali tolak Islam daripada dasar hidup kita, nanti orang lain lebih teruk lagi buat pada kita (orang Islam)," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri Kelantan di sini, hari ini.

Nik Abdul Aziz berkata bantahan itu wajar supaya mereka yang melakukan perbuatan itu sedar terhadap kesilapan yang dilakukan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment