PULAU PINANG, AHAD, 09 September, 2012: Lebih 250 mat rempit termasuk 22 pelajar yang menyertai perlumbaan haram sambil melakukan aksi-aksi berani mati ditahan dalam 'Ops Samseng Jalanan' oleh pihak berkuasa di Bukit Gambir di sini awal pagi ini.
Operasi selama enam jam yang bermula pukul 12 tengah malam itu melibatkan anggota dan pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik negeri, Supritendan Wan Aziz Wan Husin berkata, operasi itu dibuat hasil maklumat awam dan risikan pihaknya setelah mengenal pasti lokasi trek lumba haram yang sering menjadi tumpuan mat rempit di kawasan itu setiap malam minggu.
Wan Aziz berkata, sebanyak 90 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan, antaranya menunggang tanpa lesen, cukai jalan tamat tempoh, mengubah suai ekzos dan enjin serta nombor pendaftaran yang tidak mengikut spesifikasi. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment