My Add

Tuesday 18 September 2012

Pengawal keselamatan mati ditembak, rakan menghilang

IPOH, SELASA, 18 September, 2012: Seorang pengawal keselamatan ditemui mati di dalam sebuah van yang dalam perjalanan membawa wang tunai ke bandar Taiping manakala rakannya menghilangkan diri.

Ketua Polis Daerah Taiping ACP Yusof Mohd Diah berkata mangsa, Hasnol Hafiz Saad, 28, ditemui mati di tempat duduk pemandu dengan beberapa kesan tembakan di badan, manakala rakanya Mohamad Hafizuddin Zainal Abidin, 25, gagal ditemui.

"Dalam kejadian pada pukul 3 petang tadi, polis mendapati enam daripada 13 karung wang tunai di dalam van berkenaan yang tidak diketahui jumlahnya turut hilang," katanya ketika dihubungi hari ini.

Yusof berkata polis sedang mengesan Hafizuddin yang menghilangkan diri dengan membawa selaras senapang.

Kedua-duanya adalah pengawal keselamatan di sebuah syarikat di Taiping.

Katanya van berkenaan didapati terbabas di bahagian kiri Jalan Tekah-Aulong berhampiran sebuah pasar raya di bandar Taiping. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment