My Add

Monday 3 September 2012

Perkampungan renjer Sarawak

KUCHING, ISNIN, 03 September, 2012: Kerajaan negeri akan membangunkan sebuah perkampungan renjer di tapak seluas 1,214 hektar di Sempadi, Lundu, dekat sini, bagi mengenang jasa pengorbanan anggota pasukan Renjer Sarawak.

Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata Jabatan Tanah dan Survei telah diminta mempercepatkan pengambilan tanah berkenaan dan Persatuan Veteran Renjer Sarawak akan menguruskan perkampungan itu untuk kebajikan anggotanya.

"Kita tahu anak Sarawak, yang merupakan bekas pengesan jejak berbangsa Iban dan anggota pasukan renjer Sarawak telah memainkan peranan yang cukup penting dalam menjaga kedaulatan negara dan Sarawak dan telah menjadi sebahagian daripada sejarah kita,” katanya pada majlis makan malam sempena Kempen Rayuan Hari Pahlawan serta perasmian Persatuan Veteran Renjer Sarawak di sini malam tadi.

Pada majlis itu, Taib mengumumkan geran pelancaran sebanyak RM100,000 dan sumbangan kerajaan negeri sebanyak RM30,000 untuk Tabung Pahlawan Sarawak sambil menyampaikan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada 20 bekas renjer, termasuk presiden persatuan berkenaan, Lt Kol (B) Robert Rizal Abdullah.

Taib yakin nama veteran renjer Sarawak tidak akan dilupakan berdasarkan semangat kasih sayang mereka kepada negara, yang boleh dijadikan teladan dalam suasana aman dan tenteram yang dinikmati pada masa kini. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment