My Add

Tuesday 4 September 2012

PM, Sultan Hassanal Bolkiah berunding

PUTRAJAYA, SELASA, 04 September, 2012: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengadakan pertemuan dengan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah di pejabatnya di sini, bersempena Perundingan Tahunan Pemimpin Malaysia-Brunei Darussalam ke-16 selama dua hari, bermula semalam.

Ketibaan Sultan Hassanal Bolkiah di Kompleks Perdana Putra disambut perdana menteri pada jam 10.55 pagi sebelum mereka ke tingkat lima untuk memulakan perbincangan.

Wisma Putra dalam kenyataan pada Sabtu berkata kedua-dua pemimpin akan mengambil peluang pada perundingan tahunan ini untuk menilai kemajuan kerjasama yang berjalan dan mencari potensi baharu bagi meningkatkan perkongsian yang memberi manfaat bersama rakyat kedua-dua negara.

Menurutnya, perundingan itu adalah acara paling penting dalam kalendar kedua-dua negara kerana ia adalah mekanisme bagi perbincangan pelbagai isu kepentingan bersama dua hala, serantau dan antarabangsa.

Pada Perundingan Tahunan Pemimpin Malaysia-Brunei Darussalam yang ke-15 di Bandar Seri Begawan, Brunei pada 12 September tahun lalu, kedua-dua pemimpin menandatangani satu perjanjian dan tiga memorandum persefahaman.

Selepas itu Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor meraikan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah pada majlis jamuan tengah hari.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman. 
Majlis yang berlangsung di Seri Perdana itu adalah bersempena Perundingan Tahunan Pemimpin Malaysia-Brunei Darussalam ke-16 yang berlangsung di Putrajaya. 
Perundingan itu adalah acara paling penting dalam kalendar kedua-dua negara kerana ia juga mekanisme bagi perbincangan pelbagai isu kepentingan bersama dua hala, serantau dan antarabangsa. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment