My Add

Sunday 16 September 2012

Putera William dan isteri akhiri lawatan ke Malaysia

KOTA KINABALU, AHAD, 16 September, 201:: Duke dan Duchess of Cambridge, Putera William dan isterinya Kate Middleton mengakhiri lawatan empat hari ke Malaysia hari ini.

Pasangan diraja itu diraikan pada majlis perpisahan permaidani merah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di sini kira-kira jam 7 pagi.
Putera William dan Kate berlepas ke Kepulauan Solomon dan Tuvalu.

Antara yang hadir di lapangan terbang untuk mengucapkan selamat jalan kepada pasangan diraja itu ialah Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, dua Timbalan Ketua Menteri iaitu Tan Sri Joseph Pairin Kitinggan dan Datuk Dr Yee Moh Chai, setiausaha kerajaan negeri Sabah Tan Sri Sukarti Wakiman dan orang kenamaan yang lain.

Putera William dan Kate tiba di Kuala Lumpur Khamis lalu sebelum meneruskan lawatan ke Kota Kinabalu, Sabah pada petang Jumaat.

Semalam, pasangan diraja itu, dengan menaiki helikopter, melawat Lembah Danum dan menghabiskan masa kira-kira tiga jam melihat keindahan kawasan hutan hujan tropika utama di Sabah itu yang terletak kira-kira 70 kilometer dari Lahad Datu.

Malaysia adalah destinasi kedua selepas Singapura, dalam program lawatan sembilan hari pasangan diraja itu ke Timur Jauh, sebagai wakil Ratu Elizabeth II sempena sambutan ulang tahun ke-60 tahun pemerintahan baginda. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment