
Sehubungan itu kata beliau, tiada sebab untuk melantik Timbalan Menteri Besar atau menggantikan jawatan yang disandangnya itu dengan calon lain.
“Hari ini, saya mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri dari pukul 10 pagi hingga 2 petang. Adakah orang sedang sakit boleh bermesyuarat selama empat jam. Itu jawapan saya kepada kamu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat berkenaan di Wisma Darul Aman di sini hari ini.
Beliau ditanya mengenai kemampuannya menerajui pentadbiran kerajaan Pas Kedah berikutan perkembangan semasa melibatkan keadaan kesihatannya. UTUSAN
No comments:
Post a Comment