My Add

Friday 28 September 2012

Saya tak main-main - Adnan Yaakob
*ADNAN Yaakob (tengah) menyaksikan pertukaran dokumen pada majlis MoU antara Jakim yang diwakili Pengarah Darul Quran, Paimuzi Yahya (kiri) dengan Maahad Tahfiz Negeri Pahang diwakili pengarahnya, Datuk Zulkifli Ali Al-Hafiz (kanan) di Kuantan, semalam.
KUANTAN, KHAMIS, 27 September, 2012: Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, beliau serius untuk membatalkan perjanjian penyaluran air mentah ke Selangor seperti yang ditegaskan Ahad lalu, sekiranya kerajaan negeri itu tetap tidak mahu membenarkan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) dilaksanakan.

Untuk tujuan itu, tegas beliau, Penasihat Undang-Undang Negeri, Datuk Mat Zara‘ai Alias telah diarahkan untuk meneliti perjanjian yang ditandatangani antara kedua-dua kerajaan negeri pada 2007.

‘‘Saya tak main-main, sebagai kerajaan bila kata nak kaji, kita akan kaji. Saya pun ada sebab tersendiri untuk bercakap macam itu (kaji perjanjian). Kalau betul kerajaan Selangor tak mahu, terma perjanjian ada sebut ia boleh dibatalkan jika ada persetujuan bersama. - UUTUSAN

No comments:

Post a Comment