My Add

Tuesday 4 September 2012

SMART hanya selesai 45% masalah banjir besar di KL

KUALA LUMPUR, SELASA, 04 Sepember, 2012: 4 Sept. - Sistem reka bentuk Lebuhraya Smart yang dibina sejak lima tahun lepas hanya dapat menyelesaikan 45 peratus masalah banjir besar di sekitar Kuala Lumpur.

Ketua Pegawai Operasi Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn. Bhd. (SMART), Mohd. Fuad Kamal Ariffin berkata, SMART hanya berfungsi mengalih lebihan air di sekitar kawasan liputan Sungai Klang dan Sungai Ampang daripada memasuki pusat bandar.

Laluan diliputinya termasuk Masjid Jamek, Leboh Ampang, Jalan Tun Perak, Dataran Merdeka, Dang Wangi, Leboh Pasar, Pasar Seni, Dayabumi, Jalan Petaling serta kawasan segi tiga emas, Sungai Wang, Bukit Bintang, KLCC dan Pavilion. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment