My Add

Wednesday 12 September 2012

Terpulang kepada Peguam Negara - Abu Seman

KOTA BHARU, RABU, 12 September, 2012: Kuasa untuk mendakwa atau sebaliknya peserta Himpunan Janji Bersih yang memijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan mengibarkan bendera selain Jalur Gemilang pada malam ambang kemerdekaan 30 Ogos lalu, terletak pada Peguam Negara.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata, beliau difahamkan siasatan kes itu telah dikemukakan kepada pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

"Peguam Negara adalah bertanggungjawab berkaitan dengan pelaksanaan undang-undang, saya rasa terpulang kepada Peguam Negara apa tindakan yang harus dilaksanakan berdasarkan kepada undang-undang negara," katanya di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment