My Add

Friday 28 September 2012

Tiga termasuk seorang wanita dicari kes bom molotov

Oleh NURUL HUDA HASSAN
JOHOR BAHRU, JUMAAT, 28 September, 2012: Polis mencari tiga individu termasuk seorang wanita bagi membantu siasatan kes membaling bom molotov di kediaman dua pegawai kastam di Taman Pelangi dan Taman Sri Pulai Perdana di sini pada 12 September lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Dr. Hashim Haron berkata, ketiga-tiga mereka ini yang bukan berasal dari negeri ini diminta tampil bagi membolehkan polis menyiasat lebih lanjut kejadian tersebut.

Mereka ialah Yip Soon Kent, 25, beralamat terakhir di Nombor 6, Jalan Harmonium 16, Taman Desa Tebrau; Chuah Seong Khoon, 40, dari Nombor 37, Jalan Belibis 7, Taman Perling dan Lee Sew Kian, 37, beralamat di Nombor 5, Jalan Bukit Kempas 1/17, Taman Bukit Kempas. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment