My Add

Saturday 15 September 2012

UMNO punyai ramuan cukup rampas kembali Selangor

KUALA LUMPUR, SABTU, 15 September, 2012: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin pelbagai isu yang tidak mampu diselesaikan oleh kerajaan pembangkang di Selangor mampu menjadi ramuan mencukupi bagi Barisan Nasional (BN) merampas kembali negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, pelbagai masalah seperti isu air yang masih tidak berkesudahan sehingga ke hari ini, selain isu penyelewengan Talam Corporation dan pasir di negeri berkenaan menunjukkan kepincangan dan ketidakupayaan pembangkang memerintah negeri itu.

"Dan kalau kita lihat daripada apa isu dan apa permasalahan yang sudah timbul di negeri Selangor ini, sudah banyak sekali yang telahpun saya kira menyentuh setiap perasaan rakyat Selangor dan juga rakyat Malaysia, apa yang sudah dan sedang berlaku," katanya semasa merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Selayang di sini, hari ini.

Malahan, katanya menerusi beberapa sesi lawatan turun padang sebelum ini, beliau yakin sudah wujud petanda gelombang rakyat yang mahukan kerajaan BN kembali memerintah Selangor.

"Saya tahu, saya turun banyak tempat, banyak yang salam-salam saya... mereka bertanya "Tan Sri bila pilihan raya. Dah tak tahan dah Tan Sri kami nak sokong nak menangkan BN dalam pilihan raya'," kata Muhyiddin dan menambah bahawa trend yang sama juga berlaku di Kedah.

Justeru, beliau mahu semua anggota parti berusaha 10 kali ganda lebih kuat bagi memastikan negeri yang ditadbir pembangkang dapat dirampas kembali pada pilihan raya umum akan datang.- BERNAMA

No comments:

Post a Comment