My Add

Wednesday 10 October 2012

12 buah rumah kedai dijilat api

SIK, RABU, 10 Oktober, 2012: Kebakaran yang memusnahkan 10 buah rumah kedai dan menyebabkan dua buah lagi rosak di jalan utama pekan Jeniang dekat sini malam tadi dianggar membabitkan kerugian RM2.165 juta.

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kuala Muda, Mohamad Md Nor berkata, berdasarkan maklumat terkini, kebakaran itu melibatkan 12 buah rumah kedai dengan 10 daripadanya musnah manakala dua buah lagi rosak separuh.

"Kebakaran itu melibatkan 34 mangsa berusia dalam lingkungan 12 hingga 84 tahun. Seorang daripadanya berketurunan India Muslim manakala selebihnya berketurunan Cina.

"Premis berkenaan kebanyakannya berusia lebih 50 tahun, tiga daripada premis terbabit disewa oleh peniaga di situ manakala sembilan lagi diusahakan sendiri oleh pemiliknya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, antara premis yang terlibat ialah premis yang menjual barangan kemas, peralatan dan bahan binaan, alat elektrik, barangan plastik, kedai runcit dan kedai basikal

"Kesemua mangsa kini menumpang sementara di rumah anak-anak dan saudara terdekat. JKM akan meneliti bentuk bantuan yang boleh disalurkan antaranya bantuan makanan, bantuan pemulihan bangunan serta bantuan segera Parlimen bagi penerima yang layak," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment