My Add

Wednesday 10 October 2012

Suri rumah gagal peroleh RM1.6 juta

PUTRAJAYA, RABU, 10 Oktober, 2012; Isteri kepada seorang peniaga pasar borong yang meninggal semasa dalam tahanan polis pada tahun 1999 gagal mendapatkan ganti rugi kira-kira RM1.6 juta daripada bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Norian Mai dan kerajaan Malaysia.

Ini susulan keputusan panel lima Hakim Mahkamah Persekutuan di sini hari ini yang diketuai Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkiefli Ahmad Makinudin yang tidak memberi kebenaran kepada Suzana Md Aris untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan.

Zulkiefli berkata, kesemua hakim panel itu sebulat suara berpendapat bahawa permohonan Suzana yang diwakili peguam P. Uthayakumar tidak mempunyai merit dan gagal melepasi peruntukan Seksyen 96 Akta Mahkamah Persekutuan yang memberi kebenaran untuk merayu.

Pada 7 Oktober tahun lepas Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan KPN dan kerajaan Malaysia dan menolak keputusan Mahkamah Tinggi yang memberi ganti rugi kepada Suzana.

Selain Zulkifli, hakim lain ialah Datuk Hashim Datuk Yusoff, Tan Sri Suriyadi Halim Omar, Datuk Ahmad Maarop dan Datuk Seri Sulong Matjeraie.

Pada 20 Oktober 2009 Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa polis telah melakukan kecuaian setelah gagal mengambil langkah yang munasabah semasa Mohd. Anuar Sarip, 31, yang berada dalam tahanan reman di lokap Balai Polis Rawang kerana disyaki penagih dadah.

Pada 30 Jun 2010, Mahkamah Tinggi memutuskan Suzana, 45, diberi ganti rugi hampir RM1.6 juta selepas membenarkan rayuan balasnya terhadap taksiran ganti rugi RM137,220 yang diperoleh suri rumah itu sebelum ini.

Mangsa meninggal dunia didalam lokap pada 19 Ogos 1999 kerana menghidap radang paru-paru. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment