My Add

Wednesday 17 October 2012

1,449 kedai pilihan rakyat

Oleh MUZDALIFAH MUSTAPHA
KUALA LUMPUR, SELASA, 16 Oktober, 2012: Sebanyak 1,449 premis perniagaan telah menerima Anugerah Kedai Pilihan Rakyat 1Malaysia (AKPR1M) iaitu keupayaan menawarkan produk dan perkhidmatan berkualiti pada harga berpatutan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penarafan setiap premis itu dilaksanakan menerusi undian 50 peratus daripada pengguna dan 50 peratus lagi oleh panel penilai yang dilantik kementerian terbabit.

‘‘Sebab itu kita panggil semua kedai ini sebagai kedai rakyat kerana pengguna sendiri yang diberi peluang untuk menentukan sama ada sesebuah premis tersebut berkualiti atau tidak.

‘‘Kementerian akan terus memantau dari semasa ke semasa penarafan ini. Jika pihak premis gagal mengekalkan kualiti perkhidmatan, sijil (anugerah) boleh ditarik semula,’’ katanya selepas majlis penyampaian AKPR1M di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment