My Add

Wednesday 17 October 2012

Jangan desak doktor beri antibiotik

PUTRAJAYA, SELASA, 16 Oktober, 2012: Orang ramai digesa tidak memaksa doktor mengeluarkan preskripsi antibiotik kerana penyalahgunaan ubat itu boleh membawa kesan rintangan oleh bakteria.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, orang ramai juga boleh mengadu kepada Persatuan Perubatan Malaysia sekiranya mendapati doktor mengeluarkan preskripsi antibiotik secara sembarangan.

‘‘Kajian 2008 ke atas 82 klinik awam dan 17 klinik swasta menunjukkan kadar penggunaan antibiotik untuk jangkitan saluran pernafasan bahagian atas adalah 27.8 peratus untuk klinik awam dan 46.7 peratus untuk klinik swasta.

‘‘Mereka menggunakan antibiotik untuk jangkitan saluran pernafasan bahagian atas, walaupun jangkitan di bahagian itu biasanya melibatkan virus dan bukannya bakteria," katanya selepas melancarkan seminar dan kempen pencegahan rintangan terhadap antimikrob di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment