My Add

Sunday 7 October 2012

2 rakyat Malaysia guna kad kredit palsu ditangkap di Vietnam

KUALA LUMPUR, SABTU, 06 Oktober, 2012: Tiga lelaki Malaysia berjaya memperdayakan ramai peniaga batu permata dan barang kemas di Vietnam dengan menyamar sebagai pelancong kaya sebelum membeli-belah menggunakan kad kredit palsu.

Mereka yang memperoleh keuntungan lumayan melalui aktiviti penipuan tersebut bagaimanapun dapat diberkas setelah memperdayakan seorang pemilik premis menjual batu permata di Hanoi, Vietnam baru-baru ini.

Sumber berkata, ketiga-tiga suspek dipercayai sudah menipu ramai peniaga batu permata dan barang kemas di negara berkenaan dengan menyamar sebagai pelancong kaya.

"Peniaga yang menjadi mangsa tidak menyedari suspek adalah anggota sindiket penipuan kad kredit kerana penampilan mereka sebagai pelancong kaya amat menyakinkan.

"Namun, aktiviti penjenayah itu akhirnya terbongkar baru-baru ini selepas mereka memperdayakan pemilik premis batu permata di Hanoi dengan membeli batu permata bernilai AS$2,500 (RM7,500) menggunakan kad kredit klon," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment