2,000 murid YIT khatam Quran setiap tahun
KUALA TERENGGANU, RABU, 17 Oktober, 2012: Modul Pintar al Quran yang menjadi teras pembelajaran di Tadika Yayasan Islam Terengganu (YIT) berjaya melahirkan kira-kira 2,000 murid yang khatam 30 juzuk al-Quran setiap tahun.
Penolong Pengarah Kanan Pra Sekolah YIT, Wan Aidi Wan Abdul Rahman berkata, berikutan kejayaan itu, modul tersebut turut menjadi perhatian negeri lain.
"Pada tahun 2007 hingga 2010, Johor telah mengaplikasi modul ini di Tadika kelolaan Yayasan Johor, malah Tadika YIT cawangan Jalan Pusara di sini kerap menerima kunjungan dari Perlis, Kedah, Selangor dan Pahang yang berminat dengannya.
"Malah delegasi asing termasuk dari Arab Saudi, Mesir dan Indonesia juga pernah datang untuk melihat bagaimana penglibatan guru dan murid ketika sesi pembelajaran diadakan," katanya di sini hari ini.
Bagi memantapkan lagi modul itu, YIT juga telah mengaplikasi kaedah kelas maya bagi modul Quranic Cyber Centre di empat Tadikanya iaitu di Jalan Pusara, Wakaf Tembesu dan Permint Jaya, Kuala Terengganu dan sebuah di Besut.— BERNAMA
No comments:
Post a Comment