My Add

Wednesday 17 October 2012

200,000 tiada lesen

Oleh AZRAI MOHAMMAD
KUALA LUMPUR, SELASA, 16 Oktober, 2012: Kira-kira 200,000 penunggang motosikal khususnya golongan belia yang berusia antara 17 sehingga 40 tahun di seluruh negara didapati tidak mempunyai lesen memandu.

Perkara itu didedahkan oleh Sekretariat Hal Ehwal Bandar Pemuda UMNO hasil kajian yang dilakukan organisasi itu sejak 10 tahun lalu.

Pengerusinya, Tengku Azman Tengku Zainol Abidin berkata, antara faktornya ialah golongan itu tidak mampu membiayai kos belajar memandu yang tinggi dan kesedaran yang rendah terhadap keselamatan.

Katanya, selain itu ada juga yang tidak tahu teknologi maklumat (IT) untuk mengambil ujian berkomputer khususnya di kawasan kampung.

“Kerajaan perlu melakukan sesuatu bagi membantu golongan ini. Jika dibiarkan perkara itu berterusan, ia akan memberi kesan yang lebih buruk seperti pengunaan lesen palsu atau tindakan mahkamah bakal diambil terhadap mereka," katanya ketika ditemui di pejabat Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Tengku Azman, melalui kajian itu juga, pihaknya dimaklumkan terdapat kira-kira 300 individu yang dikehendaki polis berhubung kes menunggang motosikal tanpa lesen di Pekan, Pahang.

“Ini menunjukkan betapa buruknya kesan daripada perbuatan memandu tanpa lesen ini," ujarnya.

Kata beliau, pihaknya juga mendapati terdapat syarikat-syarikat besar yang mengambil penghantar surat yang tidak berlesen dan menggunakan lesen palsu.

Jelasnya, sekretariat itu juga akan membawa perkara ini kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk dibincangkan secara lebih terperinci.

“Kita akan mengemukakan beberapa cadangan bagi mengatasi isu ini dan mendengar sendiri pandangan daripada Perdana Menteri," ujarnya. - UTISAN

No comments:

Post a Comment