My Add

Wednesday 17 October 2012

SUARAM digesa perjelas isu bawa Bourdon

KUALA LUMPUR, SELASA, 16 Oktober, 2012: SUARAM perlu menjelaskan kaitan peguam hak asasi manusia Perancis, William Bourdon yang dibawa mereka ke Malaysia untuk memberi taklimat berhubung isu kapal selam Scorpene dengan George Soros.

Bourdon didakwa pernah menjadi peguam George Soros dalam beberapa kes berhubung isu perdagangan mata wang antarabangsa.

Oleh itu, Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwandin Hamzah, berkata SUARAM perlu memberi penjelasan kaitan Soros dengan Bourdon.

Kita khuatir Soros guna SUARAM untuk kucar-kacirkan negara," - Azwandin Hamzah, Presiden JMM“Kita khuatir Soros menggunakan SUARAM untuk mengucar-kacirkan negara,” katanya, semalam.

Sementara itu, enam badan bukan kerajaan (NGO) semalam membuat laporan polis berhubung kenyataan Pengarah Eksekutif SUARAM, Cynthia Gabriel mengenai dua peguam Perancis akan ke Malaysia untuk memberi taklimat mengenai isu Scorpene. Mereka mendesak Kementerian Dalam Negeri (KDN) menghalang kemasukan Bourdon dan Joseph Breham ke negara ini.

Presiden Kelab Wartawan Muda Malaysia, Dzulkarnain Taib, yang mewakili lima NGO lain, berkata tindakan SUARAM membawa dua peguam Perancis menunjukkan sifat angkuh mereka untuk terus mencampuri urusan dalaman negara.

“Mahkamah di Perancis menolak permohonan SUARAM menjadi plaintif dalam kes itu. Jadi, mengapa perlu menjaja cerita di dalam dan luar negara?
“Ini adalah fitnah supaya orang luar akan memberi pandangan negatif terhadap Malaysia,” katanya. - BH

No comments:

Post a Comment